Jangan Risau! Sebentar Lagi Anda Akan Ditunjukkan Dengan Cara Mudah & Lengkap Bagaimana Memasang Shopping Cart Seterusnya Membina Kedai Online Yang Anda Idam-Idamkan Selama Ini..

  Daripada : Mohd Eezwan Ab Manaf
Tajuk : Bagaimana Memasang Kedai Shopping Cart Menggunakan Sistem OpenCart
Tarikh :  
       

Rakan Usahawan Yang Dihormati,

Adakah anda mempunyai produk-produk hebat dan unik lalu ingin memasarkan di internet tetapi buntu bagaimana hendak bermula? Kemudian banyak persoalan-persoalan akan muncul seperti..

Macam mana nak pasarkan lebih dari 1 produk pada 1 laman web tapi lebih bersistematik?
 
Macam mana nak bagi pelanggan anda membeli produk dengan cara paling mudah dan hanya beberapa klik?
 
Macam mana nak letakkan produk anda dalam laman web secara tersusun mengikut kategori, produk dan sebagainya?
 
Macam mana nak nampakkan kepada pelanggan anda bahawa ada produk terbaru yang telah dimasukkan?
 
Macam mana nak mengira harga produk termasuk caj penghantaran secara automatik? Tak perlu lagi kira secara manual kerana ia melecehkan.
 
Macam mana nak buat kupon untuk diberikan kepada pelanggan? Dan juga macam mana nak buat baucer hadiah untuk pelanggan tetap?
 
Boleh tak pasang affiliate untuk produk anda?
 
Macam mana nak buat ‘Sale’ atau potongan harga secara automatik?
 
Dan bagaimanakah caranya untuk membina sebuah laman web yang mempunyai ciri - ciri seperti sebuah kedai membeli belah online yang canggih?
 

Adakah anda mempunyai persoalan seperti di atas? Jika YA, apa usaha anda untuk memastikan produk anda dapat dipasarkan menerusi internet?

Buat ‘Research’? – Memang boleh, tapi banyak masa & tenaga dihabiskan. Itu pun belum tentu dapat selesaikan semua persoalan. Berapa lama masa nak ambil untuk buat research? 1 Bulan? 6 Bulan? Atau 1 Tahun?
 
Upah Orang? – Jika anda orang berada tidak mengapa. Tapi jika tidak bagaimana? Sekurang-kurangnya kena ada RM500-RM1000 untuk upah orang.
 
Tanya Orang? – Ada masa ke orang nak jawab macam-macam persoalan nanti? Kalau buat personal coaching banyak juga duit yang perlu dilaburkan tu.
 
Guna blog? – Boleh aje tapi mampukah ia menyelesaikan masalah seperti persoalan di atas?

Jadi apa yang harus dilakukan?

Usah anda berasa risau.. Ini kerana pada hari ini saya ingin berkongsikan kepada anda tentang penyelesaian pantas terhadap cabaran atau persoalan yang anda hadapi ini…

“Internet Adalah Medium Pemasaran Yang Terbaik Di Zaman Moden Ini! ”

Semua sudah akui internet sudah menjadi medium pemasaran yang terbaik dan termudah untuk memasarkan dan mengembangkan perniagaan yang dijalankan.

Bukan sahaja badan-badan korporat malah peniaga-peniaga kecil juga sudah menggunakan internet sebagai medium untuk memasarkan produk. Termasuklah industri kecil sederhana (IKS). Peniaga-peniaga yang selama ini menggunakan bentuk promosi secara offline juga sudah menggunakan promosi secara online kerana sedar akan kehebatan internet!

Jika dahulu jual beli di internet tidak begitu meyakinkan dan sangsi untuk menggunakannya tetapi kini pemikiran masyarakat sudah berubah. Pengalihan zaman menukarkan persepsi tersebut! Masyarakat sudah boleh menerima transaksi yang dijalankan secara online.

Masyarakat kini banyak bergantung kepada dunia internet untuk berurusan dalam pelbagai hal. Pernah tak anda:

Membayar bil secara online?
 
Pemindahan duit secara online?
 
Menjual dan membeli belah secara online?
 
Memberi perkhidmatan secara online?
   
Berhubung secara online?

Jika pernah kenapa? Jawapannya sudah tentu kerana ia MUDAH dan Menjimatkan MASA!

FAKTA! Dari 17.5 Juta Pengguna Internet di Malaysia, 8.9 Juta Adalah Pembeli di Internet!

Setiap tahun pengguna internet di Malaysia semakin meningkat dan dari jumlah pengguna internet ini, sebahagiannya adalah pengguna internet yang membeli secara online.

Jika anda melihat pada statistik yang terbaru pada tahun 2010 dari 17.5 juta pengguna internet di Malaysia, 8.9 juta adalah pembeli di internet!

Dianggarkan pada tahun 2011, jumlah pengguna internet akan meningkat ke 18.3 juta dan pembeli internet pula adalah 9.7 juta! Ia kemudiannya akan meningkat lagi pada tahun 2012.

Bayangkan jika anda mempunyai produk dan memasarkan produk anda di internet, anda berpeluang memasarkannya kepada pengguna sasaran seramai 8.9 Juta!

Potensi Yang Sangat Besar!

Apakah potensi-potensi yang boleh kita gali dari statistik ini? Mari kita lihat lagi apakah kategori-kategori produk yang sering pengguna internet dapatkan secara online!

Dari statistik tersebut pengguna internet di Malaysia suka membeli tiket penerbangan secara online, kemudian diikuti buku. Seterusnya barang-barang konsumer dan lain-lain lagi. Di sini anda sudah tahu prospek sasaran anda! Statistik ini menunjukkan bahawa e-dagang atau e-commerce semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia!

E-Dagang atau Jual Beli Secara Online Sudah Menjadi Trend Masyarakat Hari Ini!

Percaya atau tidak , pengguna kini lebih cenderung untuk membeli belah di internet jika dibandingkan dengan tahun-tahun ke belakang. Kenapa mereka atau anda sendiri memilih untuk membeli belah secara online? Ini kerana:

  1. Jimat Masa

    Mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk pergi ke kedai atau kompleks membeli belah kerana aktiviti ini lebih banyak membuang masa.

  2. Jimat Duit

    Dengan kenaikan harga petrol yang sentiasa meningkat saban tahun, pengguna lebih berjimat cermat untuk tidak keluar merayau mencari produk yang mereka inginkan. Itu tidak termasuk lagi bayaran parking dan tol. Jadi dengan membeli secara online sudah tentu ia menjimatkan duit anda!

  3. Jimat Tenaga

    Mereka hanya perlu duduk di rumah dan dengan hanya beberapa klik mereka sudah dapat produk yang diinginkan. Tidak perlu lagi berjalan ke sana ke mari untuk mencari produk walhal produk yang diinginkan tidak juga ditemui.

Peluang Baik Untuk Anda Sebagai Seorang Usahawan dan Peniaga!

Sekarang anda sudah tahu bahawa membeli belah secara online sudah menjadi trend kepada masyarakat moden hari ini. Jadi ini peluang kepada anda untuk mendapat lebih banyak jualan dari serata tempat hanya dengan menggunakan internet sebagai medium pemasaran produk anda!

Pengguna yang jarang keluar dari rumah kebiasaannya akan banyak menghabiskan masa mereka di internet melakukan pelbagai aktiviti termasuk sanggup membelanjakan wang untuk membeli belah terhadap produk yang mampu menarik minat mereka.

Ini peluang keemasan anda! Promosikan produk-produk yang anda miliki kepada golongan-golongan moden ini! Dengan berbekalkan teknologi internet ini, anda sebagai usahawan/peniaga  juga turut mampu untuk mengurangkan kos perbelanjaan perniagaan seperti sewa kedai, pengiklanan, upah pekerja dan sebagainya.

Bina Kredibiliti Dengan Kedai Online!

Dengan skop pasaran yang lebih luas dan prospek yang berpotensi untuk membelanjakan wang mereka terhadap produk yang anda jual, maka anda haruslah mengembangkan aktiviti pemasaran anda menerusi internet dengan penggunaan laman kedai online anda sendiri.

Tidak dinafikan bahawa terdapat perkhidmatan platform sedia ada yang boleh anda gunakan untuk menjual produk anda seperti menggunakan perkhidmatan Mudah.my, Lelong.com.my, eBay.com dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, terdapat kekurangan dalam penggunakan platform ini iaitu informasi produk yang anda cuba iklankan mungkin akan dihapuskan dari server mereka, iklan anda tidak diluluskan dan sebagainya. Ringkasnya, produk anda berada dibawah 'taklukan' orang lain kerana ia pada bila - bila masa sahaja boleh dibuang daripada sistem mereka.

Malah anda juga kurang dapat untuk meningkatkan 'Branding' anda dengan sepenuhnya menerusi penggunaan nama domain kerana domain yang digunakan adalah merupakan domain penyedia perkhidmatan tersebut. Ini bererti, website mereka yang akan menjadi semakin popular kerana pengguna terpaksa bergantung kepada sistem yang mereka sediakan.

Sebaliknya, jika anda memiliki laman web sendiri untuk penjualan produk - produk anda, hal ini dapat meningkatkan 'BRAND' dan juga kredibiliti bagi perniagaan yang anda jalankan.

Identiti perniagaan yang anda jalankan lebih mudah dikenali dan sekaligus berpotensi untuk menjadi terkenal...

Walaubagaimanapun, perkara inilah yang sebenarnya menjadi batu penghalang yang paling besar untuk usahawan / peniaga yang baru ingin belajar menggunakan internet sebagai tempat pemasaran. Masalah yang menjadi penghalang besar terhadap mereka untuk menghasilkan laman web sendiri adalah kekurangan keupayaan dan juga kemahiran untuk membina sebuah laman web yang betul, baik dan mampu memudahkan segala aktiviti transaksi antara pembeli dan pemilik web (iaitu anda)...

Ramai Yang Ingin Memiliki Kedai Online Sendiri Tetapi Tidak Mahir Dalam Membangunkan Kedai Online Lebih-Lebih Lagi Yang Melibatkan Sistem Shopping Cart!

Disebabkan masalah yang dihadapi oleh bakal usahawan internet ini, maka ramai "pakar laman web" telah mengambil kesempatan ini untuk menjana pendapatan dengan menawarkan perkhidmatan pembinaan laman web kepada usahawan - usahawan yang memerlukan khidmat mereka.

Ya, ini adalah merupakan salah satu solusi yang cukup mudah dan pantas untuk usahawan - usahawan yang ingin memiliki laman web sendiri yang mempunyai ciri - ciri kedai secara online serta dilengkapi dengan sistem membeli belah yang canggih bagi memasarkan produk mereka di internet.

Walaubagaimanapun, untuk memiliki sebuah laman web yang berkonsepkan sistem membeli belah ini bukanlah sesuatu yang murah harganya... Anda sekurang - kurangnya memerlukan modal sekitar RM1000.00 untuk memiliki sebuah laman web shopping cart bagi memasarkan produk anda!

Mampukah Anda Menyediakan Modal Sekurang - Kurangnya
RM1000 Untuk Membangunkan Hanya Sebuah Laman Web Idaman?

 

Sesetengah usahawan yang sudah sukses dengan perniagaan mereka, memang tiada masalah untuk menyediakan modal sebanyak itu ataupun lebih... Tetapi bagaimana pula jika usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan mereka? Modal sebesar itu mungkin agak berat untuk dikeluarkan apatah lagi hala tuju perniagaan masih belum diketahui dengan jelas.

Mungkin anda kurang percaya dengan apa yang saya katakan diatas. Saya syorkan anda untuk melakukan pencarian anda sendiri menerusi search engine di Google mahupun Yahoo untuk melihat berapakah harga kos untuk membina sesebuah laman web shopping cart.

Harga paling murah yang boleh mereka (webmaster) tawarkan untuk membangunkan sesebuah laman web shopping cart adalah sekurang - kurangnya RM500.00. Itupun anda harus mengikut konsep atau tema yang telah mereka sediakan. Tiada keunikan anda sendiri!

Pendek kata jika ada 100 orang yang menempah laman web daripada webmaster tersebut, maka hampir kesemua laman web yang ditempah akan berbentuk serupa! Jadi, bagaimana anda ingin menampilkan keunikan "kedai online" anda?

Mahukah Anda Mempunyai Kedai Online
Seperti Ini?

Miliki Pakej Tutorial Lengkap Langkah Demi Langkah Pembinaan Shopping Cart Menerusi Platform Sistem OpenCart!

 

Pakej Lengkap Panduan Shopping Cart ini merupakan produk digital yang merangkumi video, e-book dan beberapa modul e-book yang akan membimbing anda secara langkah demi langkah bagaimana anda boleh membangunkan sebuah laman web shopping cart dengan usaha anda sendiri.

Anda akan dibimbing bermula dari proses pemasangan Sistem OpenCart sehinggalah kepada proses uji cuba dan pengurusan sistem shopping cart yang dibangunkan.

 
Alhamdulillah..akhirnya siap jugak website shopping cart ini yang telah ditempah oleh rakan isteri saya tanpa perlu saya hadir ke mana-mana bengkel @ kursus membina laman web.Betul-betul menjimatkan duit & masa saya.Duit jimat Untung dapat..

Tapi disebalik kejayaan saya ini ada seseorang yang perlu saya ucapkan berbanyak-banyak ribuan terima kasih kepadanya kerana telah memperkenalkan saya dengan Pakej Panduan Shopping Cart ini iaitu saudara Mohd Eezwan dan tahniah di atas kelahiran Pakej Panduan Shopping Cart ini.

Pakej Panduan Shopping Cart ini membolehkan pembeli mempelajari secara jelas seolah-olah seorang cikgu sedang mengajar secara live di hadapan kita. Apa yang boleh saya katakan, pembeli tak perlu risau lagi kerana semuanya telah ditunjukkan selengkap-lengkapnya dengan jelas dari A to Z.

Kesimpulannya,dengan Pakej Panduan Shopping Cart ini kita mampu membina kedai online sendiri dan tidak perlu lagi mencari mana-mana ebook kerana pakej yang disediakan amat lengkap.

Website yang dihasilkan menggunakan panduan ini adalah www.richladies.com.my

Ikhlas,

Iman Kasturi Ent.
www.imankasturi.com

 

Lihat Apa Kata Mereka!

Apa Yang Anda Akan Perolehi Dalam Pakej Lengkap Panduan Shopping Cart Ini?

Pakej Lengkap Panduan Shopping Cart adalah merupakan satu 'panduan' yang dibangunkan khas untuk pengguna yang tidak ada pengalaman dalam pembinaan laman web berasaskan shopping cart. Jadi berikut adalah senarai item yang akan anda perolehi apabila anda mengambil keputusan untuk mendapatkan Pakej Lengkap Panduan Shopping Cart yang ekslusif ini:

Modul Video - 24 Siri Video Tutorial Yang Lengkap & Padat

 

Siri Video Tutorial Shopping Cart ini adalah terdiri daripada video tutorial yang dibangunkan mengikut susunan topik dari langkah permulaan proses membangunkan laman web OpenCart sehinggalah kepada proses pengurusannya.

Antara topik-topik yang disediakan dalam siri video ini adalah:

1
Pengenalan & Persediaan Pemasangan Sistem OpenCart
2
Pembinaan Database MySQL Untuk Sistem OpenCart
3
Muat Naik (Upload) & CHMOD Fail Sistem OpenCart
4
Melaksanakan Proses Pemasangan Sistem OpenCart
5
Meningkatkan Tahap Keselamatan Sistem OpenCart
6
Penerangan Login Admin, Konfigurasi User Group
7
Konfigurasi Kupon: Menghapuskan data demo dan membina kod kupon baru
8
Hapus Data Demo Products, Categories, Manufacturers, Attributes & Reviews.
9
Menghapuskan Fail Imej & Cache Produk Demo
10
Menetapkan Matawang dan Menambah Extension Bahasa
11
Menetapkan Konfigurasi Metod Pembayaran
12
Menetapkan Konfigurasi Metod Penghantaran (Shipping)
13
Konfigurasi Modules Pada Layout (Halaman)
14
Maklumat Produk - Menetapkan Konfigurasi Manufacturers
15
Maklumat Produk - Menetapkan Konfigurasi Kategori Produk
16
Maklumat Produk - Menetapkan Konfigurasi Attributes (Spesifikasi) Produk
17
Maklumat Produk - Menetapkan Konfigurasi Produk Yang Ingin Dijual
18

Konfigurasi Tambahan Sistem OpenCart. Menyusun Atur Kedudukan Modules (Penggunaan Slideshow & Penetapan Mesej 'Welcome' dan Produk 'Featured')

19
Uji Cuba Sistem OpenCart ( Proses Tempahan dan Sistem Affiliate)
20
Pengurusan Sistem OpenCart - Menguruskan Tempahan Produk
21
Pengurusan Sistem OpenCart - Menguruskan Program Affiliate
22
Pengurusan Sistem OpenCart - Menguruskan Pelanggan dan Kumpulan Pelanggan
23
Pengurusan Sistem OpenCart - Coupons dan Gift Voucher
24
Pengurusan Sistem OpenCart - Mail, Reviews, Backup, Report & Statistic serta Penutup

Senarai diatas adalah merupakan senarai ringkas antara topik - topik yang akan dipelajari oleh anda. Sesetengah topik di atas mempunyai lebih daripada 1 bahagian video. Kesemua topik yang dibekalkan adalah merangkumi konfigurasi sepenuhnya sistem OpenCart yang perlu anda kuasai.

Jumlah keseluruhan masa tutorial adalah melebihi 4 jam, padat dengan informasi & penerangan yang anda perlukan.

Contoh Tutorial Dalam Siri Ini

 

 

 

Modul E-Book #1 - Manual Payment Extension EzPayMalaysia

 

EzPayMalaysia adalah sebuah extension yang dibangunkan oleh saya sendiri. Ia adalah sebuah metod pembayaran secara manual menggunakan Maybank dan CIMB di mana pengguna boleh memilih jenis pembayaran yang ingin dilakukan dan memaparkan cara-cara pembayaran yang telah ditetapkan oleh pemilik web shopping cart.

E-Book ini akan menerangkan tentang cara-cara pemasangan extension EzPayMalaysia

Ianya mudah dan mesra pengguna kerana metod pembayarannya disertakan dengan gambarajah dan anda pasti memerlukan extension ini untuk digunakan pada web shopping cart anda!

 

Modul E-Book #2 - Webcash Malaysia Electronic Payment Gateway

Bagi mereka yang inginkan transaksi yang cepat dan pantas Webcash adalah penyelesaiannya. Ia adalah sebuah electronic payment gateway jenama Malaysia. Pembayarannya boleh dilakukan secara automatik menggunakan internet banking, akaun webcash dan juga kad kredit.

Jika anda pernah mendengar tentang 'PayPal' sebenarnya Webcash juga bertindak seakan-akan 'Paypal' cuma ia adalah produk terbitan Malaysia.

E-book ini akan menerangkan tentang bagaimana untuk memohon akaun Webcash dan cara memasang API document ke dalam sistem web shopping cart anda!

 

Modul E-Book #3 - Modul Bahasa - Dwi Bahasa

Dewasa ini rata-rata web di Malaysia akan meletakkan pilihan bahasa pada website mereka iaitu sama ada Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia. Ini kerana tidak semua pelawat faham Bahasa Inggeris dan juga sebaliknya.

Modul ini akan membimbing anda bagaimana untuk memasang pilihan Bahasa Malaysia dan bagaimana untuk mengubah bahasa kepada ayat pilihan anda sendiri.

 

Modul Dokumen - Fail PDF Pelan Tindakan / Checklist

Anda juga akan dibekalkan dengan dokument (pdf) sokongan iaitu Pelan Tindakan yang mengandungi 'checklist' yang boleh menjadi rujukan / garis panduan untuk membantu anda membangunkan laman web Shopping Cart.

 

 

"Alhamdulillah pencarian untuk mencari panduan selengkap ini berhasil rasanya apabila bertemu dengan produk yang Eezwan tawarkan.

Ianya sememangnya lengkap dari semua sudut kerana video dan peneranganya sangat jelas dan mudah sehinggakan saya yang baru berjinak dalam bidang ecommerce ini pun mampu menghasilkan sebuah web http://www.apa2ada.com. 

Terima kasih dan harap Eezwan dapat membantu kawan-kawan diluar sana yang lain yang memerlukan dan tidak mampu untuk berbelanja besar dalam menghasilkan web commerce tersebut....".

Ikhlas,

Fazz
http://www.apa2ada.com

 

Mungkin anda tertanya - tanya mengapakah OpenCart menjadi pilihan untuk tutorial pembinaan shopping cart? Mengapa tidak menggunakan platform shopping cart seperti ZenCart, Magento, CubeCart dan sebagainya untuk tujuan pembangunan kedai online?

Sistem Opencart Adalah Mudah Untuk Dikendalikan Oleh Anda Walaupun Tiada Kemahiran Teknikal Pengurusan Web Dan Sekaligus Ini Memudahkan Penjualan Produk Anda!

OpenCart adalah merupakan sistem yang begitu mudah untuk digunakan! Berbeza dengan sistem shopping cart penuh seperti ZenCart, Magento dan lain - lain platform shopping cart, ia amat sukar untuk dikuasai terutama sekali bagi mereka yang sememangnya ZERO pengalaman dalam bahagian teknikal pengurusan laman web.

Malah, pembangunan sistem OpenCart juga adalah begitu aktif dimana sistem OpenCart sering dikemaskini dari semasa ke semasa oleh penciptanya dan ini menjadikan sistem ini sentiasa "up-to-date".

Secara ringkasnya, sistem OpenCart adalah merupakan satu sistem yang begitu fleksibel untuk menguruskan produk - produk yang ingin anda jual.

Bukti Pakej Ini Mendapat Permintaan Ramai!

Beberapa bulan yang lepas, saya telah membuat jualan promosi untuk pakej ini dan saya hanya buka kepada 25 orang sahaja dengan harga RM40!

Ternyata pakej ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan promosi dengan harga tersebut telah pun melebihi target yang telah ditetapkan. Lihat bukti di bawah!

Sehingga kini pakej ini masih mendapat permintaan dan ini membuktikan semakin ramai orang yang ingin memiliki website berasaskan shopping cart sendiri!

Kini anda juga boleh ikut jejak langkah mereka dengan mendapatkan Pakej Lengkap Panduan Shopping Cart Ini!

Berapakah Harga Untuk Mendapatkan Pakej Lengkap Panduan Shopping Cart Ini?

Saya tidak mahu menerangkan berapakah kos yang terlibat dalam penghasilan pakej ini. Anda sendiri boleh melakukan kira-kira terhadap kos yang terlibat (Teknikal, masa, software yang digunakan) serta ‘kesukaran’  untuk menghasilkan produk berupa teknikal seperti ini.

Untuk masa yang terhad ini anda akan dapat memiliki Pakej Lengkap Panduan Shopping Cart ini pada harga

RM 100!

RM 70!

Namun tidak adil bagi saya untuk menjual panduan ini dengan harga yang terlalu tinggi. Target saya adalah setiap golongan pendapatan akan mampu untuk membeli dan memanfaatkan panduan praktikal ini!

Jadi sementara mood saya masih baik, saya telah tetapkan harga *sementara sebanyak

RM 50.00 SAHAJA!

Ya, RM50 tersebut hanyalah harga sementara, saya mungkin akan menarik harga tersebut bila-bila masa, bergantung kepada mood dan juga kadar inflasi semasa negara. Jadi, selain mendoakan agar kadar inflasi tidak naik dan mood saya baik sepanjang masa, adalah lebih baik anda membuat tempahan sekarang. Saya berhak untuk menarik harga ini pada BILA-BILA MASA SAHAJA. Ingat Tawaran ini adalah cuma sementara..

Tempah Sekarang Dan Anda Akan Menerima Diskaun Sebanyak 50% !

Bukan Itu Sahaja, Saya Juga Akan Memberikan Bonus-Bonus Hebat Ini Kepada Anda!

Bonus #1: Pemasaran Online Berserta Lesen PLR

Ketahui apakah perniagaan internet dan bagaimana perniagaan internet mampu memberikan pulangan berganda untuk anda. Antara isi kandungannya adalah:

  Apakah pemasaran online
  Bagaimana mendapat prospek sasaran
  Content merupakan komponen penting, kenapa?
  Ketahui beberapa teknik pemasaran online
  Dan banyak lagi..

 

 

Bonus #2: Ubah Nasib Anda Sebagai Seorang IM (UPLR)

Sebuah ebook motivasi bagaimana mengetahui perubahan yang perlu dilakukan oleh seorang internet marketer. Disertakan dengan lesen Unrestricted Private Label Right (UPLR) di mana anda bebas melakukan apa sahaja terhadap ebook ini sama ada ingin menjualnya, ubah isi kandungan, jadikan sebagai bonus dan apa sahaja! Dibekalkan dalam format Microsoft Word sahaja.

 

 

Bonus #3: Perisian MyBiz Manager

Sebuah perisian yang sangat hebat dalam menguruskan perniagaan dan diri anda. Anda boleh menyimpan pelbagai maklumat berguna dan penting dalam satu perisian. Saya tahu untuk memulakan bisnes tak kiralah bisnes online atau offline mengurus maklumat adalah sangat leceh. Kadang-kadang kita terlupa di mana kita letak sesuatu dokumen. Kadang-kadang terlupa berapa bil yang perlu dibayar. Kadang-kadang lupa untuk merekodkan perbelanjaan. Maka dengan perisian MyBiz Manager ini akan membantu anda dalam menguruskan perniagaan anda lebih-lebih lagi apabila anda sudah mempunyai kedai online sendiri.

Perisian ini terbahagi kepada beberap modul seperti Modul Business Owner, Modul services, Modul Legal Documents, Modul Recovery, Modul Income, Modul Expenses, Modul Investment, Modul vehicles, Modul Real Estate, Modul Personal Property, Modul Tax History

Lihat salesletter di sini http://www.panduanshoppingcart.com/mybizmanager

 

 

Bonus #4: Get Your Website On The First Page Google (Video)

Video ini akan membimbing anda bagaimana untuk membolehkan website anda berada pada ranking pertama Google melalui carian keyword, onsite optimization dan juga off-site optimization.

 

Bonus #5: Entrepreneur Mindset Secrets

Rahsia pengurusan minda untuk usahawan. Buku adalah dalam Bahasa Inggeris

 

 

Anda tidak mungkin akan dapat panduan yang penuh dengan maklumat berharga ini dengan harga seperti ini lagi di mana-mana tempat sekalipun. Mungkin juga saya akan menaikkan harga panduan ini nanti sekiranya saya rasakan patut. Mungkin esok. Mugkin lusa. RM50 pula bukanlah pelaburan yang terlalu membebankan.

Bayangkan yang anda sedang menggunakan sistem yang dibimbing di sini dan memperolehi keuntungan berlipat kali ganda dengan ilmu-ilmu yang anda pelajari dari panduan yang berharga RM50 ini. Pasti pelaburan ini nampak terlalu sedikit, bukan?

Mahukah anda biarkan perniagaan anda masih di takuk lama tanpa membuat pengubahsuaian mengikut keadaan semasa? Jadi sekiranya anda ingin berjaya dalam perniagaan kedai online anda, anda MESTI mendapatkan Pakej Lengkap Panduan Shopping Cart hari ini juga! Klik Tempah Sekarang untuk mendapatkan Pakej Lengkap Panduan Shopping Cart!

Tidak Cukup Dengan Itu..

Lekas! Tawaran terendah ini mungkin akan ditarik balik. Begitu juga dengan hadiah-hadiah bonus percuma di atas. Mungkin inilah peluang terakhir anda. Ingatlah! Diskaun ini tidak terdapat di mana-mana. Jika anda tidak bertindak sekarang anda mungkin terlepas peluang ini selama-lamanya.

Saya menjamin bahawa tutorial yang disediakan adalah berkualiti tinggi dan pastinya dapat membantu anda mempelajari proses - proses membangunkan laman web shopping cart anda menerusi platform OpenCart.

Jika anda sememangnya berhasrat untuk mengurangkan kos dari segi pembinaan laman web dan ingin belajar tentang penggunaan sistem web Shopping Cart, maka pakej ini dapat membantu anda!

 
   

Salam kejayaan!

Yang Benar,

Mohd Eezwan Ab Manaf

Blog : www.rezqi.com
Kedai Online: www.kedaiprodukdigital.com
Facebook : www.facebook.com/meezwan
H/P : +6019 278-3283
Email : admin[@]panduanshoppingcart.com

P.S. Kemungkinan harga di atas akan dinaikkan pada bila-bila masa sahaja. Jadi rebutlah peluang ini dengan pantas. Klik di sini sekarang!

P.P.S. Anda tidak akan menjumpai mana-mana pakej tutorial membangunkan web shopping cart selengkap ini. Video tutorial ini berdurasi lebih dari 4 Jam! dan ditambah dengan modul-modul tambahan. Anda boleh bayangkan betapa lengkapnya pakej video tutorial ini. Jangan melepaskan peluang keemasan ini!

 

 
Akan Dimasukkan Testimonial Anda!

 


Utama | Tempahan | Hubungi | Syarat & Terma | Affiliate